TANAH DAN KEHIDUPAN mjbookmaker by: http://jowo.jw.lt Guerta jatuh pengsan mendengar berita itu. Ka Rudy yang membawakan berita gempar tersebut tidak sempat menyambut tubuh kurus Guerta daripada terhempas ke lantai rumah. Rumah yang dibina oleh Joy beberapa tahun sudah selesai majlis perkahwinan mereka. Seperti kebanyakan rumah di desa itu, rumah kecil mereka juga dibina dengan menggunakan buluh sebagai bahan binaan utama. “Ka Ota!” Jerit Ka Rudy kepada ibu mertua Guerta yang sedang berada di bilik yang pintunya hanya ditutupi dengan sehelai kain langsir yang nipis dan usang. Ka Ota yang sudah uzur bergegas keluar dari bilik dan dengan tenaga tuanya dia meriba kepala Guerta yang tidak sedarkan diri. Ka Rudy pula segera mengambil air dari bekas di dapur rumah yang mungkin disediakan untukk menyediakan makanan pada malam itu. Ka Rudy menyerahkan cawan berisi air itu kepada Ka Ota. Guerta mula sedarkan diri apabila terasa mukanya dingin dibasahi air. Tetapi serta-merta pula kesedarannya itu diikuti dengan tangisan yang hiba. Ka Rudy tahu, Guerta dan Joy mempunyai dua orang anak perempuan. Masihkecil lagi. Mungkin mereka yang bermain di halaman hadapan rumah ketika itu. Ka Rudy tidak pasti. Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Ka Rudy selain mendiamkan diri dan bersandar pada dinding buluh rumah itu. Ka Ota yang tidak tahu hujung pangkal kenapa Guerta tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kemudian menangis tersedu-sedu bersuara dengan amat perlahan. Ka Ota bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Guerta tidak mampu memberikan sebarang jawapan cuma tangisannya semakin menjadi dan dipeluknya erat Ka Ota. Ka Ota dengan penuh kasih sayang membelai lembut rambut Guerta. Air mata mula bergenang dikelopak mata tua Ka Ota. Mungkin dia sudah dapat mengagak berita apa yang dibawa oleh Ka Rudy. Genangan air matanya kini menitis dipipinya yang berkedut. Tersekat disetiap kedutan mukanya tetapi jatuh juga ke ribanya air mata itu. Ka Ota memandang Ka Rudy yang memerhatikan sandiwara sedih itu tanpa sepatah kata, dengan hati yang membengkak dan dengan amarah yang terbendung. Mata Ka Ota mengharapkan kepastian dari Ka Rudy. Berdehem seketika sebelum bersuara. Terasa tekaknya tersumbat dan suaranya tersekat. Tapi digagahkannya juga. Ka Rudy bersuara dengan hiba. “Ka, Joy mati ditembak pengawal universiti. Nanti jenazahnya akan dihantar ke rumah.” Mendengarkan itu, Ka Ota menangis tersengguk-sengguk tanpa suara. Dipeluknya kepala Guerta yang masih lagi tersedu diribanya. Dua orang kanak-kanak perempuan muncul di hadapan pintu rumah. Tercengang mereka melihat ibu dan nenek mereka menangis berpelukan. Tentu ayah akan memujuk nenek dan ibu jika dia ada disini, fikir mereka. “Dua orang petani di Mindanao, Filipina ditembak mati oleh sekumpulan pengawal keselamatan Universiti Pertanian Filipina (AUP) Bukidnon. Kejadian yang berlaku pada hari Isnin yang lalu dilaporkan kerana petani-petani tersebut menceroboh kawasan milik universiti untuk bercucuk tanam secara haram. Sebelum ini telah berlaku beberapa siri tunjuk perasaan di hadapan universiti berkenaan…” Hillel Tanah Dan Kehidupan 2 Mendengarkan berita itu, hatiku berdetak. Sepanjang pengetahuanku, universiti pertanian ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup para petani yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok yang miskin. Tapi mungkin juga berlaku salah faham secara peribadi diantara pengawal keselamatan dengan mangsa tersebut dan bukannya arahan dari pihak pengurusan universiti. Aku berdebat di dalam hati dan itulah yang sebenarnya aku harapkan. Aku pasti esok atau lusa, Puan Ana akan memberikan taklimat berkenaan dengan perkara itu. Sebagai sebuah perikatan pergerakan petani di Asia, PMA mempunyai hubungan yang erat dengan Pergerakan Petani Filipina (PPM). Aku cuma berharap tidak ada teman-teman dari PPM yang menjadi mangsa dalam kejadian itu. “Kadir, awak kenal Ka Rudy bukan?” Puan Ana mengajukan soalan itu sebaik sahaja aku memasuki biliknya di pejabat PPM di mana aku bekerja sebagai Pegawai Penyelidikan. Sambil mempersilakan aku duduk Puan Ana terus meneliti beberapa dokumen di hadapannya. Puan Ana baru sahaja pulang dari lawatan kerja ke Korea minggu sebelumnya dan minggu hadapan dia akan berangkat ke India pula. Aku hairan seketika melihat tingkahnya yang seolah-olah tidak pernah mengenal erti letih dengan kerjayanya. Puan Ana sebenarnya sudah agak berumur dan sudahpun mempunyai dua orang anak. Mungkin kerana tidak mendengar sebarang jawapan dia mendongak melihatku. “Aahh.. ya, kami pernah bertemu dalam beberapa persidangan sebelum ini, kenapa Puan? Aku agak menggelabah seketika setelah tersedar dari lamunanku sebentar tadi. Ka Rudy merupakan Presiden PPM sejak ia ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. “Baca laporan ini dan lusa berikan cadangan tindakan susulan awak kepada saya” Puan Ana memberikan arahan sambil menyerahkan dokumen tersebut kepadaku. “Minggu hadapan, saya mahu awak ke Filipina. Uruskan semua hal berkenaan dengan tempahan tiket dan perbelanjaan dengan pihak pentadbiran. Awak boleh teruskan kerja awak sekarang. Ahh.., jangan lupa lusa pukul 11.00 pagi.” Tambah Puan Ana. Puan Ana berpuas hati dengan cadangan tindakan susulan yang aku siapkan sekembalinya aku dari Filipina. Aku sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy-Aquino, Manila. Selepas melepasi kaunter imigresen aku berjalan menuju ke kaunter pemeriksaan kastam pula. Tidak banyak barang yang aku bawa cuma sebuah beg galas dan beg bimbit. Pemeriksaan dilakukan dengan cepat kerana di dalam beg yang aku bawa cuma ada beberapa helai pakaian, buku dan dokumen berkaitan dengan tugasanku. Apabila tiba di balai ketibaan, mataku liar mencari wajah Ka Rudy.Beberapa orang pemandu teksi dan juga penyambut pelancong dari hotel dan agenci pelancongan menyapaku tetapi tidak kuhiraukan. Selepas cuba mencari buat beberapa ketika aku pasti Ka Rudy dayang menjemputku. Seorang wanita menghampiriku, kelihatannya seolah-olah dia mengenaliku. “Awak Kadir dari PMA?” Kedengaran bahasa Inggerisnya pekat dengan loghat Visaya. Aku mengangguk dan tersenyum. Sambil berjabat tangan dia memperkenalkan dirinya sebagai Bernadez. Dia memaklumkan yang Ka Rudy tidak dapat datangku kerana terpaksa menghadiri mesyuarat bersama beberapa badan kerajaan hari itu. Bernadez ditugaskan oleh Ka Rudy untuk menjaga kebajikanku selama aku berada di Filipina. Hillel Tanah Dan Kehidupan 3 “Lusa kita akan bertolak ke Bukidnon. Tetapi sebelum itu, esok kita akan ke pejabat PPM untuk berjumpa dengan Ka Rudy”. Bernadez memberikan sedikit penerangan tentang aturcara yang disediakan untukku. Aku sertamerta membetulkan jamku agar bersesuaian dengan masa di Filipina. Memandangkan masa di Filipina satu jam lebih awal berbanding dengan Malaysia aku tidak mahu mengambil risiko untuk terlewat untuk taklimat bersama Ka Rudy esok. Bernadez meninggalkan aku seorang diri di bilik hotelku selepas makan malam bersama. Makanan di Filipina rata-ratanya tidak sesuai dengan selera orang Malaysia kerana makanan pedas tidak popular di sana. Selesai membersihkan diri aku berehat sambil membaca laporan dari Ka Rudy sekali lagi. Laporan itu mengatakan dua tahun yang lalu dua orang petani di Bukidnon ditembak dengan sengaja oleh pengawal keselamatan AUP Bukidnon. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengawal keselamatan tersebut mendapat arahan dari pihak pentadbiran AUP Bukidnon untuk menembak mana-mana petani yang berdegil tidak mahu meninggalkan tanah yang digarap mereka. Pihak pentadbiran AUP Bukidnon mendakwa kononnya para petani tersebut telah melanggar perjanjian sewa tanah dengan tidak memberikan sebarang bayaran selama beberapa tahun. Menurut para petani yang terlibat, bayaran yang mereka berikan tidak dimasukkan ke dalam akaun universiti dan kemungkinan besar ada di kalangan kakitangan universiti yang menggelapkan wang berkenaan.Itulah puncanya mengapa para petani enggan meninggalkan tanah yang digarap mereka. Itulah puncanya mengapa mereka berpiket di hadapan AUP Bukidnon. Itulah juga puncanya kematian dua orang petani dua tahun yang lalu. Aku masih ingat laporan berita pada masa itu. “…Kejadian yang berlaku pada hari Isnin yang lalu dilaporkan kerana petani-petani tersebut menceroboh kawasan milik universiti untuk bercucuk tanam secara haram….” “Kalaulah manusia bersikap lebih jujur….” Aku berbisik pada diriku sendiri. Walaupun, memang benar tanah itu adalah milik mereka, AUP Bukidnon masih tidak mempunyai sebarang hak untuk merampas nyawa sesiapapun, terutamanya petani yang membantu menambahkan pendapatan mereka, fikirku. Aku tiba di pejabat PPM pada keesokan paginya bersama Bernadez tepat pada masa yang ditetapkan. Aku tidak boleh membuang masa Ka Rudy yang sudah sememangnya sibuk dengan tugasnya. “Kadir, sila masuk. Apa khabar?”. Ka Rudy gembira sekali melihat aku tiba dan mempersilakan aku masuk ke pejabatnya. Sambil berjabat tangan dia memelukku. Memang kebiasaan Ka Rudy seperti itu. Kulihat Ka Rudy semakin kurus berbanding kali terakhir kami bertemu dalam satu persidangan di Kuala Lumpur. Tetapi sebagai anak petani asli tubuhnya sentiasa nampak kekar dan tegap. Rambutnya masih lagi sentiasa tersikat rapi cuma helaian rambutnya yang putih sudah semakin bertambah pada penglihatanku. “Awak sudah semakin kurus Kadir. Sudah tentu awak terlalu sibuk di pejabat. Maaf kerana memanggil awak ke sini dan menambahkan kerja awak lagi”. Ka Rudy mempersilakan aku duduk sambil memberikan komen yang sama tentang diriku. Ka Rudy duduk semula di kerusinya disebalik meja yang berselerak dengan pelbagai dokumen dan ditimbuni dengan buku. Hillel Tanah Dan Kehidupan 4 “Awak tentu sudah membaca laporan saya, Kadir!” Ka Rudy memandangku dengan senyuman serius tetapi bersahaja. “Ya. Tapi kenapa baru sekarang PPM meminta bantuan dari PMA, Ka? Ka merupakan panggilan hormat kepada warga emas dan individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi atau dihormati. Ini aku pelajari beberapa tahun yang lepas semasa lawatan kerjaku yang pertama ke Filipina. “Sebenarnya saya sudah membincangkan perkara ini dengan Puan Ana. Saya dan Puan Ana malah semua anggota PPM berpendapat bahawa kami perlu menyelesaikan perkara ini secara domestik terlebih dahulu. PPM tidak mahu memberikan tekanan yang terlalu banyak kepada AUP Bukidnon kerana mereka akan mengambil tindakan yang lebih agresif terhadap para petani di sana” “Tapi bukankah jika mereka mendapat tekanan dari awal lagi peluang untuk menyelesaikan masalah akan lebih besar. Tidak perlu lagi bimbangkan pengawal keselamatan mereka yang bersenjata” “Kami sudah mempertimbangkan perkara itu Kadir. Apa yang awak kata tadi merupakan salah satu kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi kemungkinan lain ialah dengan tekanan yang terlalu melampau dari badan-badan antarabangsa akan menyebabkan mereka lebih tegas dalam mempertahankan maruah dan kredibiliti mereka. Pada pandangan kami tekanan antarabangsa cuma perlu apabila strategi diplomasi di peringkat lokal gagal mencapai jalan penyelesaian. Itulah percaturan kami sebenarnya pada ketika ini. Oh! Maafkan saya Kadir, awak sudah bersarapan?” Aku menolak pelawaan Ka Rudy kerana aku sudah pun bersarapan sebelum berangkat dari hotel dimana aku menginap. Pada ketika ini aku Cuma berminat untuk mendapatkan perkembangan terkini di Bukidnon. Selain mungkin juga terdapat maklumat sulit yang Ka Rudy tidak dapat masukkan ke dalam laporan yang disiapkannya. Hari itu aku menghabiskan masa sehingga masa makan tengahari bersama Ka Rudy. Petang itu Ka Rudy terpaksa menghadiri mesyuarat bersama ahli-ahli PPM untuk memberikan mereka perkembangan terkini berkenaan dengan perbincangannya bersama beberapa badan kerajaan semalam. Menurut Ka Rudy, AUP Bukidnon mendapat sokongan padu daripada Jabatan Reformasi Pertanian (DAR). Oleh sebab itu pihak pentadbiran AUP Bukidnon berdegil untuk tidak menerima sebarang cadangan penyelesaian yang diutarakan oleh PPM bagi pihak para petani selama ini. Selain itu AUP Bukidnon juga mendapat tekanan daripada AUP Pusat di Manila agar sentiasa menjaga kredibiliti dan maruah universiti. AUP Pusat tahu beberapa kakitangan atasan AUP Bukidnon telah menggelapkan wang bayaran sewaan tanah para petani dan menggantikan mereka dengan pegawai-pegawai yang baru. Tetapi para pagawai baru ini diarahkan seboleh mungkin untuk tidak mendedahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak terutaman sekali PPM. Aku dapat melihat Ka Rudy sangat kesal sekali dengan tindakan pihak pentadbiran AUP. Aku juga merasakan perkara yang sama. Apakah kredibiliti dan maruah mereka lebih penting daripada nyawa para petani di Bukidnon, Ka Rudy mengajukan persoalan itu kepadaku. Aku cuma mendiamkan diri kerana aku pasti soalan itu bukan ditujukan kepadaku sebenarnya kerana dia tahu pasti dimana pendirianku dalam hal ini. “Awak tahu Kadir?” Hillel Tanah Dan Kehidupan 5 “Apa dia Ka?” “Ada khabar angin yang mengatakan Monsanto sedang dalam perundingan untuk menjalankan kajian secara kerjasama dengan AUP Bukidnon. Kajian berkenaan dengan kesesuaian racun perosak terbaru mereka di kawasan beriklim tropika. Berjuta peso akan terlibat dalam kajian ini. Oleh sebab itu AUP Bukidnon tidak berminat untuk meneruskan perjanjian sewa tanah para petani di sana. Berhatihati semasa di Bukidnon Kadir.” Ka Rudy menutup perbualan kami pada hari itu dengan berita yang sangat menggemparkan bagiku Monsanto merupakan salah sebuah syarikat multinasional pengeluar produk racun perosak terbesar di dunia dan memang terkenal dengan aktiviti promosi selain kajian dan pembangunan yang sangat agresif. Mendengarkan berita itu darahku sempat mendidih seketika. Perjalanan ke Bukidnon dari Davao del Sur bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Awal pagi aku menaiki kapal terbang dari terminal domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy- Aquino bersama Bernadez. Davao merupakan salah satu dari dua buah lapangan terbang yang terdapat di Pulau Mindanao. Lapangan terbang yang satu lagi terletak di Cagayan de Oro dimana aku akan menaiki kapal terbang untuk balik ke Manila. Menurut Bernadez jarak di antara kedua-dua lapangan terbang itu ke Bukidnon adalah lebih kurang sama, iaitu selama enam jam perjalanan menaiki bas. Separuh daripada perjalanan itu akan melalui jalan yang tidak berturap. Pada musim panas jalan itu akan berdebu dan pada musim hujan ia akan berlumpur. Memang benar seperti yang dikatakan oleh Bernadez. Ketika ini aku sedang berada di dalam bas yang sedang bergoyang seperti dilanda ombak di tengah lautan bergelora. Tanpa penghawa dingin, sesetengah penumpang membiarkan tingkap mereka separuh terbuka. Akibatnya debu merah memenuhi ruangan dalam bas dan menjadikan segala-galanya berwarna kemerah-merahan. Aku dan Berrnaadez tidak dapat berbual panjang. Bernadez lebih rela menyelubungi tubuhnya dengan kain batik daripada diselubungi habuk yang berterbangan di udara. Aku yang duduk berhampiran dengan tingkap tepat di bawah sinaran matahari yang membahang. Aku cuma mampu melindungi pipiku dengan topi, tetapi tidak tengkuk dan tanganku. Aku pasti dalam beberapa hari lagi kulit tengkuk dan tanganku akan menggelupas. Jika hanya dinilai dari segi keindahan, perjalanan itu bukanlah suatu yang menarik. Tetapi sebenarnya banyak perkara baru menarik rasa ingin tahuku. Dalam perjalanan itu ada sesetengah kawasan yang kawasan hutannya musnah sama sekali. Sejauh mata memandang Cuma rumput lalang yang menutupi banjaran bukit. Cuma sekali-sekala kelihatan pokok kurang daripada sepemeluk saiz batangnya di puncak bukit-bukau itu. Sekali-sekala ada juga kami lalui kawasan ladang jagung bersaiz kecil yang mungkin diusahakan oleh petani untuk menyara hidup dan keperluan makanan mereka seharian. Kebanyakan rumah yang kami lalui sering kali keihatan butiran jagung sedang dijemur di halaman hadapan rumah mereka. Banyak soalan yang ingin aku tanyakan pada Bernadez kerana inilah kali pertama aku menjejak kaki ke Pulau Mindanao. Tetapi mungkin Bernadez sedang tidur di sebalik kelubung kain batiknya. Jauh di lubuk hatiku, aku sangat bersyukur lahir sebagai warganegara Malaysia. Pada pandanganku walaupun petani di Malaysia boleh dikatakan sebagai golongan yang miskin tetapi rata-rata taraf hidup mereka lebih baik daripada keadaan para petani di Filipina.Cuma mungkin mereka tidak mengetahuinya. Tetapi satu perkara Hillel Tanah Dan Kehidupan 6 yang aku kagumi dengan warga Filipina ialah rata-rata mereka mengetahui hak mereka sebagai rakyat, untuk bersuara dan didengari oleh para pemimpin mereka yang dipilih dalam pilihanraya. Pada pendapatku, mungkin kesukaran hidup yang memaksa mereka lebih agresif dalam mencapai hak mereka yang seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih mereka. Temanku pernah mengajukan soalan kepadaku, yang mana akan menjadi pilihanku, masyarakat yang celik haknya tetapi sentiasa dalam keadaan huru-hara atau masyarakat yang buta haknya tetapi sentiasa aman dan sentosa. Aku tahu pasti dimana pendirianku dalam perkara ini. Tetapi seingatku, aku tidak pernah memberikan jawapanku kepadanya. Semalam kami tiba di Bukidnon apabila hari sudah senja. Tidak banyak yang dapat aku perhatikan apabila hari sudah mula beransur gelap. Aku ditempatkan di sebuah rumah kecil yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada buluh. Begitu juga rumah-rumah lain di desa itu. Rumah itu dimiliki oleh Guerta dan ibu mertuanya, Ka Ota. Dari penilaianku, Ka Ota sudah berumur lapan puluh tahun manakala Guerta pula sudah menghampiri empat puluh tahun. Kesemua ahli keluarga itu, termasuk dua anak perempuan Guerta, Rita dan Rhoda, kelihatan kurus-kurus belaka. Rambut Rita dan Rhoda yang keperang-perangan mungkin menunjukkan mereka kekurangan khasiat makanan, menurut penilaianku. Aku pasti Rhoda dan Rita masih terlalu muda untuk bersekolah. tetapi setelah berfikir lanjut, aku tidak pasti sama ada mereka akan merasa zaman persekolahan walaupun setelah menjangkau umur yang sepatutnya kelak. Semasa ketibaanku tadi aku disapa oleh Guerta dalam bahasa Malaysia. Aku agak terperanjat tetapi senang dengan keadaan itu. Berbual sebelum tidur semalam, Guerta menerangkan yang dia pernah bekerja di Sabah semasa usia remajanya sebagai pemetik buah di ladang koko. Aku berbual panjang dengannya walaupun sebenarnya agak keletihan. Dari cerita yang disampaikan oleh Guerta, suaminya adalah salah seorang petani yang terkorban dalam peristiwa dua tahun yang lepas. Sepanjang perbualan kami Rita dan Rhoda cuma memandangku dengan wajah yang penuh kehairanan sambil bersandar ditubuh kurus ibu mereka. Sekali-sekali Guerta menerangkan kepada Ka Ota apa yang kami bualkan ke dalam bahasa Visaya. Pagi itu kami bersarapan ala kadar dengan ubi rebus dicecah dengan gula pasir. Ka Ota sudah pun lama turun dari rumah melakukan rutinnya di sebelah pagi. Aku duduk ditangga rumah sambil memerhatikan Rhoda dan Rita yang sedang bermain dengan anak-anak jiran sebelah rumah sementara menunggu ketibaan Bernadez. Tidak lama kemudian Bernadez tiba dengan seorang lelaki separuh umur yang diperkenalkannya sebagai Ka Fredo. Menurut Bernadez, Ka Fredo adalah Presiden pergerakan petani di Bukidnon yang dikenali sebagai BUFFALO. Seperti kebanyakan petani lain yang pernah kutemui, walaupun tubuh kurus dan gelap terbakar bahang matahari tubuhnya tetap kelihatan tegap dan tegar. Kami sedang berdiri di atas puncak bukit memerhatikan tanah pamah yang terbentang di hadapan kami dimana penduduk di Bukidnon bercucuk tanam. Ka Fredo menerangkan kepadaku betapa sukarnya kehidupan mereka di situ. Semenjak peristiwa dua tahun yang lalu ramai petani yang meninggalkan tanah mereka yang terletak berhampiran dengan universiti. Jika mereka bernasib baik mereka akan mendapat sebidang tanah berhampiran dengan kaki bukit dimana kami sedang berdiri ketika itu. Jika sebaliknya, mereka terpaksa berhijrah ke kawasan lain, ke bandar atau pun Hillel Tanah Dan Kehidupan 7 terpaksa kembali menggarap tanah lama mereka. Mereka terpaksa melalui semua itu kerana, kadang-kadang usaha mereka menjadi sia-sia belaka apabila setelah padi yang ditanam mereka dimusnahkan oleh kakitangan universiti dalam masa satu malam sahaja sambil diawasi oleh pengawal keselamatan mereka. Malah lebih teruk daripada itu, pernah setahun yang lalu pihak pengurusan universiti mengeluarkan arahan untuk memusnahkan rumah mereka dengan tiba-tiba. Tanpa sebarang amaran atau alasan .Beberapa buah rumah dimusnahkan dengan jentolak. Para petani ingin memberontak sekali lagi tetapi berjaya ditenangkan di samping bimbang peristiwa pembunuhan berlaku lagi. “Tanah kami adalah kehidupan kami. Kami akan berusaha sedaya-upaya mempertahankannya untuk anak dan cucu-cucu kami agar mereka mempunyai kehidupan yang lebih cerah. Tetapi keadaan sangat rumit ketika ini. Saya harap kehadiran awak di sini akan membantu dalam usaha untuk mendapatkan apa yang sepatutnya hak kami.” Ka Fredo menyampaikan rasa hatinya dalam bahasa Inggeris yang pekat dengan loghat Visaya. Tapi aku faham apa yang ingin disampaikannya. Aku melihat matanya penuh dengan harapan. Katakatanya tidak kujawab walau dengan sepatah kata. Tapi aku pasti dia tahu niat dan keazaman yang tertanam teguh di dalam hatiku apabila bahunya kupegang dan mengangguk padanya. Kehadiranku di desa itu bukan semata-mata kerana tugas tetapi juga kerana aku yakin keadilan adalah untuk semua. Jika dengan melakukan semua ini aku dapat bersama-sama berjuang menegakkan keadilan untuk petani di Bukidnon maka itulah yang aku perjuangkan. Kami kini berada di kawasan jelapang padi Bukidnon. Ka Fredo ingin menunjukkan kepadaku dengan lebih dekat kehidupan penduduk desa dan apa yang sebenarnya mereka lalui. Bukan melalui ceritanya sahaja, tetapi melalui bukti jelas yang dapat aku saksikan dengan mata kepalaku sendiri. “Ini adalah sebahagian daripada sawah yang telah dirosakkan oleh kakitangan universiti. Saya rasa mereka baru sahaja melakukannya malam tadi. Saya rasa mereka akan teruskan merosakkan bendang di sebelah sana pula.” Sambil jarinya diangkat menuding ke arah selatan dari tempat kami berdiri. Menurut Ka Fredo, bendang di sebelah barat sudah lama musnah kerana ia terletak paling dekat dengan universiti. Aku mengambil gambar kerosakkan sawah tersebut. Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pemilik sawah tersebut kerana padinya baru berusia sebulan sejak ia ditanam. Hasilnya tidak akan dapat dituai dalam masa satu setengah atau dua bulan dari sekarang. Tidak dapat aku bayangkan kesedihan pemilik sawah itu semasa melihat padinya telah dimusnahkan sebegitu rupa. Tidak jauh dari tempat kami berdiri dua orang pengawal keselamatan universiti sedang memerhatikan kami. Tidak kami pedulikan mereka. Apa yang penting bagiku adalah menjalankan tugasan sebaik mungkin untuk kebaikan para petani yang bergantung harap denganku ketika itu. Setelah tugasku hampir selesai, kedua-dua orang pengawal keselamatan yang lengkap dengan senjata itu berjalan menghampiri kami. Kelihatan wajah mereka sama sekali tidak menunjukkan kemesraan atau persahabatan. “Jangan pedulikan mereka. Terus berjalan. Tidak perlu tergesa-gesa.” Bisik Ka Fredo yang kelihatannya lebih bimbangkan keselamatanku daripada dirinya sendiri. Hillel Tanah Dan Kehidupan 8 “Hoi!Berhenti” Jerit salah seorang daripada pengawal keselamatan tersebut.Tetapi aku dan Ka Fredo tetap berjalan setenangyang mungkin. “Hoi! Aku kata berhenti” Kali ini suara mereka lebih keras lagi. Akhirnya Ka Fredo mengambil keputusan untuk berhenti. Dia menyentuh tanganku dan meminta aku berhenti bersamanya. Ka Fredo menyapa pengawal keselamatan tersebut di dalam bahasa Visaya. Aku cuma menjadi pemerhati setia ketika itu. Pada mulanya perbualan mereka masih dalam nada yang tenang dan terkawal. Aku percaya mereka inginkan penjelasan mengapa aku mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut kerana beberapa kali mereka menunjuk ke arah kamera yang tergantung di dadaku. Ketika Ka Fredo sedang berbincang, salah seorang daripada pengawal keselamatan tersebut memberikan isyarat tangan agar aku menyerahkan kameraku kepadanya. Ka Fredo masih lagi cuba menjelaskan kedudukan sebenar dengan ketenangan yang dipaksa kerana kini suara pengawal keselamatan yang menyoalnya mula meninggi dan kesabaran yang cuba dikekalkannya tadi mula goyah. Akhirnya setelah bersabar beberapa ketika Ka Fredo juga mengalah dengan kebiadaban pengawal keselamatan tersebut. Suara mereka saling membentak antara satu dengan lain semakin lantang. Aku yang mengerti isyarat tangan tersebut menjawab dengan isyarat tangan juga sambil mengatakan tidak. Tiba-tiba diluar jangkaan pengawal keselamatan yang meminta kameraku tadi cuba merampas kameraku dengan pantas. Tetapi tali kamera yang tersangkut dileherku menghalangnya daripada melakukan perkara tersebut. Aku sangat terkejut dengan tindakan itu dan tidak dapat bertindak serta-merta kerana buat seketika aku kehilangan imbangan badan dan hampir tersemban ke tanah. Melihat tindakan itu, Ka Fredo dengan sangat pantas dan tidak terhalang oleh pengawal keselamatan lawannya bertengkar tadi terus menolak pengawal keselamatan yang bertindak biadap padaku. Pengawal keselamatan tersebut kelihatan sangat terperanjat dengan tindakan pantas dan berani Ka Fredo sehingga dia tidak dapat mengawal imbangan badannya dan jatuh terduduk di atas tanah. Keadaan menjadi kelamkabut seketika dengan adegan tolak-menolak. Debu berterbangan di udara di bawah terik matahari. Ka Fredo membantu aku berdiri tegak semula. Manakala pengawal keselamatan yang terduduk tadi bingkas bangun dan serta-merta mengacungkan senapangnya ke arah kami. Kemarahannya di tambah dengan rasa malu kelihatan jelas di dalam matanya. Nafasnya mendengus keluar dan dadanya berombak kuat. Ketika itu dia cuma perlu memetik picu senapangnya untuk membunuh kami. Ka Fredo tanpa memikirkan keselamatan dirinya sendiri berdiri di hadapanku untuk melindungiku. Rakan sekerja pengawal keselamatan tersebut masih terkawal perasaannya cuba menenangkan rakannya yang sudah mula hilang kawalan. Dia berbisik dengan lembut kepada kawannya meminta dia merendahkan senapangnya. Aku dan Ka Fredo cuma berdiri di situ tanpa mampu berbuat apa-apa selain berserah kepada takdir.Tetapi pada saat-saat getir dan mungkin penamat hayatku itu, tidak sedikit pun aku berasa takut. Malah aku bangga jika mati bersama-sama Ka Fredo dalam perjuangan yang kami percayai. Mungkin sanak-saudara dan handai-taulan akan tertanya-tanya apa yang aku perolehi dengan pemergian seperti itu. Tapi bukan apa yang akan aku perolehi yang diutamakan dalam perkara ini, yang penting adalah apa akan diperolehi oleh Hillel Tanah Dan Kehidupan 9 perjuanganku bersama petani. Semua perkara tersebut terbayang di dalam kepala sebelum akhirnya pengawal keselamatan tadi tenang semula. Senapangnya diturunkan dan tidak lagi diacungkan kepada kami. Tetapi di wajahnya masih terbayang marah dan dendam yang dalam kerana dimalukan oleh seorang petani dan orang asing. Malam itu aku bersama Ka Fredo dan dua orang pemuda desa meredah kegelapan dan kedinginan malam menuju ke kawasan di mana peristiwa cemas berlaku tempoh hari. Sehari selepas kejadian itu terlintas difikiranku untuk merakam aktiviti kakitangan universiti semasa mereka merosakkan sawah para petani. Pada mulanya Ka Fredo agak keberatan dan menolak cadanganku kerana terlalu merbahaya katanya. Para pengawal keselamatan tersebut mungkin akan melepaskan tembakan jika terlihat sesiapa yang mereka tidak kenali berkeliaran berhampiran dengan kawasan tersebut. Mendengarkan kata-kata Ka Fredo aku terdiam sejenak. Tetapi setelah berfikir semasakmasaknya aku berazam untuk melakukan tugasku sebaik mungkin. Aku mencadangkan agar beberapa orang pemuda desa dihantar untuk mengintip kegiatan mereka terlebih dahulu. Ini untuk memastikan bahawa kakitangan univerisiti akan melakukan kegiatan jahat mereka selain untuk memastikan berapa orang pengawal keselamatan yang berkawal dan kedudukan mereka. Ka Fredo tidak menyatakan ya atau tidak pada mulanya, tetapi dia akan memikirkan usul saya itu. Tetapi pada malam itu, setelah beberapa hari berlalu tanpa sebarang peristiwa menarik beberapa orang remaja desa datang menyampaikan berita kepada Ka Fredo dalam keadaan tergesa-gesa. Kebetulan pada masa itu Ka Fredo sedang berkunjung ke rumah Ka Ota dan Guerta untuk berbual denganku. Kedua orang remaja itu dengan nafas yang termengah-mengah menyatakan bahawa kakitangan universiti sudah mula menggerakkan jentera mereka untuk merosakkan sawah petani. Mendengarkan berita itu aku bergegas mempersiapkan diri dan kamera agar segalanya segalanya dalam keadaan sempurna. Perasaan cemas dan teruja menyelubungi diriku. Degup jantungku lebih cepat daripada biasa. “Ingat Kadir, awak cuma boleh mengambil satu gambar sahaja dan selepas itu kita akan melarikan diri. Itupun dari jarak yang tidak terlalu dekat.Saya pasti mereka akan melepaskan tembakan sebaik sahaja ternampak lampu dari kamera awak” Ka Fredo mengulangi pesanannya entah untuk kali yang keberapa sejak kami bertolak tadi. Aku cuma mendiamkan diri dan dalam kegelapan itu aku tidak pasti sama ada dia terlihat aku menganggukkan kepala atau tidak. “Ada dua orang pengawal keselamatan lengkap bersenjata sedang berkawal. Sekarang kedudukan mereka tidak pasti lagi. Selepas pasti kedudukan mereka barulah kita bergerak menuju kawasan itu. Cuma ada dua lampu yang digunakan, itupun dari jentera yang mereka gunakan untuk merosakkan sawah. Tidak ada masalah untuk menyembunyikan diri, selain daripada gelap bunyi bising jentera yang mereka gunakan pasti menghalang mereka daripada mengesan kita.” Ka Fredo menambah lagi butir-butir penting yang aku patut tahu. Ka Fredo mematikan lampu suluhnya dan kami mula berjalan dalam semak di tepi jalan sambil membongkok menyembunyikan diri dalam kegelapan malam. Tanpa bersuara Ka Fredo mengarahkan kami berhenti apabila kami cuma berada beberapa puluh meter daripada petak sawah yang sedang dirosakkan itu. Kedua-dua remaja yang bersama kami sejak awal lagi memintasku dan berbisik sesuatu kepada Ka Fredo. Hillel Tanah Dan Kehidupan 10 “Kadir, kedua-dua pengawal itu berdiri di tepi jalan selari dengan jalan yang kita gunakan untuk datang ke sini. Sekarang jentera itu sedang menuju ke arah timur, apabila ia berpusing semula ke arah barat dan mendekati batas sebelah sini awak berpeluang untuk mengambil gambar dari sebelah hadapan. Asalkan awak tidak berdiri bertentangan dengan lampu itu awak tidak akan dapat dikesan sehinggalah awak selesai mengambil gambar.” Ka Fredo berhenti sebentar untuk menelan liurnya. Mungkin dia juga gemuruh sepertiku ketika ini. “Tapi ingat Kadir, awak terpaksa melintasi petak sawah ini terlebih dahulu untuk sampai ke batas barat sawah yang sedang mereka rosakkan itu. Sawah ini mungkin berlumpur dan menyukarkan awak berjalan.” Getaran suara dan wajah Ka Fredo menunjukkan yang dia sangat bimbang dengan keselamatanku. “Jangan bimbang Ka, saya sudah biasa dengan keadaan di sawah. Saya akan segera melarikan diri selepas mengambil gambar nanti.” Aku cuba meyakinkan Ka Fredo walaupun aku sebenarnya kurang yakin pada diriku sendiri ketika ini. Sambil berjalan dengan terbongkok-bongkok di dalam sawah pelbagai persoalan timbul di dalam kepalaku. Betulkah tindakanku ini? Sempatkah aku melarikan diri nanti? Adakah mereka akan melepaskan tembakan? Semua persoalan itu seperti terngiang-ngiang di telingaku sedangkan kegelapan malam itu hanya dipecahkan oleh bunyi dari jentera yang sedang menderum dan serangga yang sedang bernyanyi. Tapi aku teruskan juga langkah menuju ke arah batas persembunyian seperti yang dinyatakan oleh Ka Fredo. Dahi dan bajuku sejuk dibasahi peluh.Lebih kepada peluh cemas. Pertama kali dalam hidupku aku perlu melalui keadaan seperti ini. Lampu jentera yang digunakan masih lagi bergerak menuju ke timur, bermakna aku masih lagi di belakang jentera tersebut. Apabila jentera itu berpatah semula aku sudah sepatutnya berada di tempat persembunyianku. Oleh sebab itu aku mempercepatkan langkahku yang sentiasa tersangkut di dalam lumpur. Sebaik sahaja aku tersembunyi di sebalik batas jentera itupun mula melakukan pusingan balas menuju ke arahku. Aku bersyukur kerana sempat bersembunyi sebelum sempat tersuluh oleh lampu jentera tersebut. Aku tidak pasti di mana kedua-dua pengawal itu berada. Aku cuma berharap yang mereka masih berada di tempat yang sama sejak kami tiba tadi. Jentera itu kini berada di kawasan tengah sawah, separuh jalan lagi menuju ke arah batas barat di mana aku bersembunyi. Aku bersedia dengan kameraku. Tanganku agak menggigil semasa cuba membetulkan fokus kameraku agar apabila jentera itu tiba dalam jarak yang sesuai aku sudahpun bersedia. Jantungku berdegup kencang seolah-olah seirama dengan deruman jentera yang setiap saat mendekatiku. Tidakku hiraukan peluh yang mengalir di dahiku. Mata kiri kupejamkan dan keberikan sepenuh tumpuan kepada jentera yang sudah semakin hampir menerusi kanta kameraku dengan mata kanan. Tidak ada lagi persoalan-persoalan yang terngiang-ngiang di telingaku. Jantungku yang masih juga berdegup kencang sudah menjadi seperti perkara biasa yang tidak lagi perlu lagi sebarang perhatian. Begitu juga dengan bajuku yang basah oleh peluh dan kakiku yang basah oleh air di dalam sawah. Kesejukkan bukan perkara utama yang perlu aku fikirkan masa ini.Segala perhatian dan pancaindera kutumpukan kepada jentera yang sudah pada jarak yang kukehendaki. Hillel Tanah Dan Kehidupan 11 “Sekarang!” Detik hatiku. Serentak dengan itu kutekan punat kameraku. Serta-merta kegelapan malam diterangi cahaya putih dan terang dari kameraku. Pemandu jentera itu kelihatan terpaku buat seketika sebelum mula menjerit ke arahku. Sekarang segala perhatianku sudah beralih daripada jentera itu kepada melarikan diri. Tidak ada perkara lain dalam kepalaku selain ingin tiba ke tempat persembunyian Ka Fredo sebentar tadi dan melarikan diri dari tempat itu secepat mungkin. Nafasku termengah-mengah kerana sukar berlari di dalam sawah yang berlumpur itu. Kamera yang tergantung di hadapan dadaku menyukarkan lagi pergerakkanku kerana ia sentiasa terhayun ke kiri dan kanan. Ketika itu aku terdengar lebih banyak jeritan bukan sahaja dari pemandu jentera itu tetapi juga dari arah jalan raya. Tetapi jeritan-jeritan itu ditenggelami oleh bunyi deruman jentera yang masih lagi berjalan. Tanpa aku sedari rupa-rupanya pemandu jentera itu menghalakan lampu jenteranya tepat ke arahku yang sedang cuba melepaskan kakiku yang tersangkut di dalam lumpur. Kerana terkejut dengan keadaan itu aku berpaling dan mengangkat tangan melindungi mataku daripada silauan lampu jentera. Lebih kuat daripada bunyi deruman jentera aku terdengar bunyi letupan senjata. Serentak dengan itu aku jatuh terlentang di atas lumpur sawah dengan kakiku masih lagi tersangkut di dalam lumpur sehingga ke paras lutut. Selepas itu pandanganku menjadi kabur walaupun berjuta bintang bergemerlapan di angkasa. Segala bunyi yang memecah kegelapan dan kesunyian malam itu pula bergabung menjadi satu pada pendengaranku. Tubuhku pula terasa sangat dingin bukan kerana kesejukkan angin atau air. Akhirnya pancainderaku menjadi lemah sekali. Tidak ada lagi cahaya bintang bergemerlapan atau silauan lampu jentera cuma kegelapan yang hitam pekat. Tidak ada lagi bunyi deruman jentera atau nyanyian serangga cuma kesunyian yang memekakkan telinga. Tidak ada lagi kesejukkan yang menusuk hingga ke tulang cuma rasa nyeri dan kebas menguasai seluruh anggota. Segala-galanya menjadi kaku. Diriku dan semua yang berada di sekitarku. Guerta sedang berdiri menghadap kubur Joy dan Ka Ota. Kedua-dua orang yang sangat disayanginya. Ka Ota dikebumikan bersebelahan dengan kubur anaknya sebulan yang lalu. Ka Ota meninggal kerana usia tua. Guerta baru sahaja selesai membacakan dua pucuk surat kepada mereka. Selepas kejadian Kadir ditembak dua tahun yang lalu, BUFFALO dan PPM disokong kuat oleh pergerakan antarabangsa yang dipimpin oleh PMA berjuang mati-matian untuk mendapatkan semula hak penduduk desa Bukidnon. Malah bukan setakat Bukidnon sahaja, perjuangan mereka juga telah dicontohi oleh petani-petani lain dan merebak ke seluruh Filipina. Surat pertama datangnya dari DAR yang menjemputnya menghadiri mesyuarat bersama AUP Bukidnon dan PPM berkenaan dengan pengagihan tanah. Penduduk desa itu akan bakal memiliki tanah masing-masing dalam tempoh kurang dari sebulan. Air mata sedih dan juga gembira mengalir di pipi Guerta. Gembira kerana perjuangan dan penderitaan yang mereka lalui selama itu tidak berakhir dengan kekecewaan. Sedih kerana Joy dan Ka Ota tidak dapat sama-sama mengecapi kejayaan itu. “Terima kasih Joy, Ka Ota.” Ucap Guerta dalam sendu. Surat kedua cuma mengucapkan tahniah dan juga takziah. Tahniah kerana kejayaan perjuangan penduduk desa Bukidnon yang bersulam dengan air mata dan darah. Takziah kerana pemergian Ka Ota. Pengirimnya sangat berharap yang dia dapat bersama dengan penduduk desa Bukidnon, Hillel Tanah Dan Kehidupan Guerta, Rita dan Rhoda dalam meraikan kejayaan yang gemilang itu.Tetapi kerana tugas dia terpaksamelupakan niatnya itu.Suratitu dikirim dariKuala Lumpur.Suratitu ditulis oleh Kadir.